Wednesday, 7 September 2011

SEJARAH ASAJAYA


Asajaya adalah satu kawasan pentadbiran bermula pada 1 Oktober 1970 sebagai Daerah Kecil di bawah pentadbiran Bahagian Kuching. Kewujudannya adalah semasa kemuncaknya kegiatan ancaman komunis di Sarawak. Tujuan utama penubuhan pejabat ini adalah untuk meyakinkan rakyat tentang kehadiran dan komitmen kerajaan di tempat yang terpencil di samping mengambil hati dan kepercayaan penduduk setempat yang terpengaruh dengan dakyah komunis. 

Kewujudan pentadbiran merupakan detik pembangunan Asajaya. Pekan Asajaya dan Pusat Pentadbiran Asajaya merupakan mercu tanda pembangunan awal daerah kecil ini. Pejabat pertama pentadbiran yang dikenali sebagai kubu Sambir terletak di Kampung Sambir yang merupakan tempat persinggahan utama pada masa itu. 

Namun begitu sejarah hitam kampung Asajaya yang diancam oleh komunis menyebabkan pusat pentadbiran iaitu Pejabat Daerah telah berpindah ke Kampung Melayu Asajaya. Sejak itu, kerajaan telah menfokuskan kemajuan kampung sekitar di samping meningkatkan kemudahan keselamatan. Asajaya telah berubah menjadi pekan yang sibuk dengan aktiviti ekonomi, perhubungan, sosial, pusat persinggahan dan menjadi fokus pembangunan. Bangunan kedai pekan Asajaya yang diperbuat dari atap nipah berdinding papan menjadi tumpuan masyarakat setempat untuk mendapat segala keperluan harian.

Daerah Kecil Asajaya telah mengalami proses pembangunan. Rentetan Pembangunan yang berterusan dan Dasar Politik Pembangunan yang dilaksanakan oleh YAB Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri S8, Sebandi, Daerah Kecil Asajaya telah ditukar pentadbiran ke Daerah Samarahan pada 1983. Pekan Asajaya bertambah ceria dan semakin sibuk dengan penambahan kedai disebelah menyebelah sungai Asajaya dan menjadi pusat jaringan perhubungan.

Politik Pembangunan Ketua Menteri sekali lagi mengubah nasib Daerah Kecil Asajaya. Pada tanggal 30 Disember 1999 melalui warta kerajaan Sarawak Jilid LIV (bil. 38) Asajaya telah dinaik taraf menjadi Daerah penuh. Daerah Asajaya merangkumi kawasan Asajaya, Sadong Jaya dan beliong telah diumumkan secara rasmi beroperasi oleh YAb Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak pada 1 Januari 2002. Pengistiharan ini adalah selaras dengan usaha kerajaan untuk penyusunan semula pembangunan Daerah yang lenih teratur, bersepadu dan bersistematik.

Pada era 1960an dan 1970an Asajaya hanya merupakan penempatan kecil yang tersisih daripada pembangunan. Kedudukannya di kawasan tanah rendah dan berhadapan dengan laut Cina selatan menyebabkan ia sukar dikunjungi. Kebanyakkan kampung-kampung terletak dipinggir sungai menyebabkan kampung ini terdedah dengan air pasang surut. Tiada kemudahn jalan dan jeti yang sempurna. Jalan-jalan kampung menggunakan papan belian , titi papan ,titi batang kelapa dan sebagainya.



TITIAN BELIAN 1960an


KEDIAMAN KERAJAAN 1970an


MAJLIS PERASMIAN SURAU ASAJAYA 1969


SEKOLAH OLD DC ASAJAYA


BANGUNAN KEDAI 1982


USAHA PEMBANGUNAN ASAJAYA 1964


KELUASAN/ POPULASI PENDUDUK ASAJAYA

Keluasan (daerah dalam pentadbiran)
Bil
Nama Daerah Kecil
Keluasan (Km2)
1
Asajaya
389.52
2
Sadong Jaya
332.48
Jumlah
722.00 km2

Bilangan Penduduk Berdasarkan Suku Kaum di Daerah Asajaya Bagi tahun 2010
Bil
Kumpulan Etnik
Tahun 2009
Peratus
1Melayu
27000
82.57
2Iban
2600
7.95
3Cina
2600
7.95
4Bidayuh
200
0.61
5Melanau
100
0.31
6Lain-lain (Bumiputera)
100
0.31
7Lain-lain (Bukan Bumiputera)
-
-
8Bukan Warganegara
100
0.31
JUMLAH
32800
100
*Sumber:Jabatan Perangkaan Negeri Sarawak, Tahun 2008

Bilangan penduduk di Asajaya berdasarkan kumpulan jantina, pada tahun 2009
Jumlah Penduduk
%
Tahun 2010
Lelaki
16900
52
Perempuan
15900
48
Jumlah
32800
100
* Sumber: Jabatan Perangkaan Negeri Sarawak, Tahun 2008

Bilangan Penduduk Asajaya Berdasarkan Strata
 

Kawasan Kediaman
Jumlah Penduduk
2004
%
2010
%
i.
Bandar
-
-
-
-
ii.
Luar Bandar
31,436
100
32700
100
 Kepadatan Populasi
Bil
Daerah
Kepadatan Penduduk (Orang per 1KM²)
1990
2004
2010
1Asajaya
-
44 orang
56 orang

No comments:

Post a Comment